Strategi Pembelajaran Berasaskan Perbincangan menerusi Konteks Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Negeri Perak

Discussion-Based Learning Strategies through the Context of Integration of Higher Order Thinking Skills in Islamic Education Subject in Perak

  • Mohd Syaubari Othman Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Strategi pembelajaran, Perbincangan, KBAT

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran berasaskan perbincangan menerusi konteks pengintegrasian KBAT dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam sekolah rendah di negeri Perak. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta analogi yang di lihat dalam tiga prinsip strategi pembelajaran iaitu kesediaan, amalan dan hasil untuk disesuaikan dengan kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 400 orang guru pendidikan Islam dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati strategi pembelajaran berasaskan perbincangan menerusi konteks kemahiran berfikir aras tinggi adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.44). Bagi dapatan mengikut komponen yang terdiri daripada kesediaan mencatatkan min (4.46), amalan mencatatkan min (4.41) dan hasil mencatatkan min (4.41). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat dalam meningkatkan strategi pembelajaran berasaskan pendekatan perbincangan seiring dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

 

This study aims to identify learning strategies based on discussions through HOTS integration in Islamic education subjects. The study involved primary school Islamic education teachers in Perak. Higher order thinking components such as different comparative skills, sequencing skills, predictive skills, defining skills, and creating analogy are seen in three principles of learning strategies: readiness, practice, and outcomes to suit the study's conceptual framework. This study uses descriptive analysis (through questionnaire instrument). All data collection instruments were constructed by researchers with modifications from the HOTS instrument of the Ministry of Education Malaysia and the experts involved and their content certified by the expert reference panel. The value of Cronbach Alpha reliability was high (0.82173). A total of 400 Islamic education teachers were randomly selected to answer the questionnaire instrument. The research data in descriptive analysis uses frequency and percentage of min. The result of the study found that the learning strategy based on the discussion through the context of higher order thinking skills was at a high level through the overall mean (4.44). Findings for readiness component recorded a mean of 4.46. While practice and result components recorded a mean of 4.41 respectively. The implications and recommendations suggested to ministries, schools, teachers, and the community to improve learning strategies based on the discussion approach in line with the concept of higher order thinking skills (HOTS) as in the 2013-2025 Education Development Plan.  

 

Keywords: Learning Strategies, Discussion, HOTS

Published
2021-06-19
How to Cite
Othman, M. S. (2021). Strategi Pembelajaran Berasaskan Perbincangan menerusi Konteks Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Negeri Perak. Selangor Humaniora Review, 5(1), 233-250. Retrieved from http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/123