https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/issue/feedSelangor Humaniora Review2025-02-10T16:05:28+08:00Wong Yee Vonyeevonwong@unisel.edu.myOpen Journal Systems<p style="text-align: justify;">Selangor Humaniora Review is an open-access peer-reviewed journal of education, social science and related disciplines. It aims to stimulate research, encourage academic exchange, and enhance the professional development of scholars and other researchers interested in educational and social science issues. Theoretical discussions on education, social science and related empirical research are its centre of interest. Scholarly perspectives on practices of teaching, learning and social science issues, the discussion of policies, empirical results, and research methods are included.</p>https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/314ANALISIS PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN2025-02-10T16:05:26+08:00Ahmad Muhaimin Mohamadamuhaimin@umpsa.edu.myAwanis Romliawanis@umpsa.edu.mySuhaila Che Nohsuhaila.chenoh@iab.moe.gov.my<p>Pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) dikenal pasti signifikan kepada peningkatan pengalaman pembelajaran. Namun, terdapat cabaran dari segi pedagogi, penilaian, interaksi, dan pengalaman pembelajaran. Teknologi kecerdasan buatan (AI) menawarkan penyelesaian cabaran e-pembelajaran konvensional. Tinjauan literatur mendapati penggunaan AI mempunyai implikasi seperti persekitaran pembelajaran kendiri, automasi bahan pembelajaran, maklum balas pantas, penilaian berorientasikan pelajar, dan peningkatan kecekapan pengurusan pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti domain penggunaan AI pada pembelajaran dalam talian berdasarkan analisis kualitatif artikel di pangkalan data SCOPUS dengan skop kajian; e-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran, pembelajaran teradun, dan Massive Open Online Course. Carian artikel di pangkalan data SCOPUS menggunakan teknik Boolean dengan kombinasi kata kunci merujuk skop kajian. Sebanyak 58 artikel diperoleh dengan tetapan tahun penerbitan 2013 – 2023 dalam Bahasa Inggeris sahaja. Analisis kuantitatif mendapati wujud kecenderungan kajian AI dan e-pembelajaran (34 artikel), diikuti sistem pengurusan pembelajaran (12), pembelajaran teradun (5), dan Massive Open Online Course (5). Seterusnya analisis kualitatif pada abstrak mendapati secara keseluruhan AI pada e-pembelajaran bertujuan; membentuk persekitaran pembelajaran kendiri, automasi penyediaan bahan pembelajaran, maklum balas pantas, penilaian berorientasikan perkembangan pelajar, dan automasi pengurusan pelajar. Hasil kajian dicadangkan sebagai panduan kerangka pembangunan pembelajaran dalam talian dengan sokongan AI secara menyeluruh.</p>2025-02-10T13:49:44+08:00##submission.copyrightStatement##https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/305AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA NCDRC: SATU KAJIAN KES2025-02-10T16:05:28+08:00Siti Nur Nadirah Ibrahimsnnadirah86@unisel.edu.myMasitah Binti Musamasitah@unisel.edu.myNurul Jannah Kamaruddinjannahdin@unisel.edu.myNurul Erra Haziqah Binti Shamsulnerrahaziqah@gmail.comMus Delifah Abd Manammusdelifahabdmanam@gmail.com<p>Amalan pengajaran pendekatan bertema dalam kalangan pendidik taska kurang mendapat sambutan. Hal ini kerana kebanyakan taska menggunakan kaedah pengajaran pendekatan belajar melalui bermain. Puncanya adalah pendidik taska itu sendiri tidak mempunyai kemahiran dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran pendekatan bertema. Oleh hal yang demikian, fokus kajian ini adalah bagi mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan bertema dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik taska dalam menggunakan pendekatan bertema ini. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan bertema yang dijalankan oleh pendidik taska dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pendidik taska semasa menggunakan pendekatan bertema. Responden kajian ini terdiri daripada 44 orang pendidik dari taska di National Children’s Data Centre System (NCDRC). Kajian ini dihuraikan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan pendidik taska NCDRC menggunakan pendekatan bertema dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menghasilkan satu projek besar pada akhir pembelajaran pada hujung tahun. Pendidik taska NCDRC cenderung melihat minat kanak-kanak sebelum melaksanakan aktiviti pembelajaran. Hal ini kerana pembelajaran berdasarkan minat kanak-kanak akan mendatangkan hasil yang lebih berkesan kepada kanak-kanak dan pendidik itu sendiri.</p>2025-02-10T13:38:07+08:00##submission.copyrightStatement##https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/290IMPAK PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK TERHADAP PERUBAHAN AKHLAK PELAJAR UNISEL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM2025-02-10T16:05:27+08:00Aisah Binti Mat Danaisah@unisel.edu.myFaridah Haji Sallehfaridah_s@unisel.edu.mySiti Nor Asiyah Binti Ibrahimnorasiyah0608@gmail.com<p><em>Aplikasi TikTok telah memberi impak besar terhadap pembentukan akhlak dan kepribadian pelajar. Aplikasi TikTok merupakan platform media sosial yang memuatkan video pendek disertakan dengan muzik untuk membolehkan seseorang berkongsi pelbagai maklumat seperti masakan, pembelajaran, ilmu-ilmu agama dan banyak lagi. Akan tetapi jika tersalah menggunakan media tersebut akan memberikan kesan negatif kepada penggunanya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui impak aplikasi TikTok terhadap perubahan akhlak dalam kalangan pelajar UNISEL, mengenal pasti langkah-langkah membendung penyalahgunaan aplikasi TikTok dan mengkaji pandangan pelajar terhadap syariat dalam penggunaan TikTok. Kaedah pendekatan kuantitatif akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dan kemudian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan suatu kesimpulan. Hasil kajian yang telah di kenalpasti menunjukkan terdapat banyak kebaikan dan keburukan media sosial TikTok terhadap akhlak pelajar khususnya. Justeru itu, para pendidik harus bekerjasama dalam membina kembali semangat kepimpinan akhlak para pelajar untuk menghasilkan graduan yang berkualiti dan berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga berjaya dalam mempamerkan sahsiah yang baik.</em></p>2025-02-10T13:24:00+08:00##submission.copyrightStatement##