PRU-14: Berakhirnya Era Kegemilangan Konsosiasionalisme

GE-14: The End of the Consociationalism Glorious Era

  • Madhi Hasan IESAD, Universiti Selangor
  • Hamdan Mohd Salleh IESAD, Universiti Selangor
Keywords: PRU-14, Konsosiasionalisme, Centripetalisme, Pakatan Harapan, Barisan Nasional

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang pertukaran kerajaan yang berlaku di Malaysia pada PRU-14 berdasarkan kerangka teori konsosiasionalisme dan centripetalisme, iaitu dua strategi makro-politik dalam perkongsian kuasa di dalam masyarakat multi-etnik yang terpecah. Rejim Barisan Nasional seringkali diklasifikasikan sebagai bersifat konsosiasional. Pendekatan alternatif kepada konsosiasionalisme yang dipanggil centripetalisme sesuai dikaitkan dengan Pakatan Harapan walaupun elemen-elemen konsosiasional masih terdapat dalam koalisi tersebut. Perubahan lanskap politik dari tahun 2008 sehingga 2018 telah menimbulkan persoalan tentang kerelevanan konsosiasionalisme pada abad ke-21. Kekalahan Barisan Nasional menandakan berakhirnya era kegemilangan model konsosiasionalisme ala-Barisan Nasional yang digelar coercive consociationalism. Kegagalan sistemik dalam amalan coercive consociationalism Barisan Nasional telah menyumbang kepada kekalahannya pada PRU-14. Kerapuhan model konsosiasionalisme tersebut terserlah apabila koalisi Barisan Nasional berpecah dengan pantas setelah ia kehilangan kuasa kerajaan pusat. Pergerakan ke arah centripetalisme di kalangan gerakan oposisi sejak tahun 1998 adalah selaras dengan fenomena kebangkitan politik baharu. Pakatan Harapan mempunyai cabaran yang besar untuk menampilkan agenda centrist dan moderat bagi mencairkan elemen perkauman dalam politik Malaysia. Selain itu, masa depan pendekatan centripetalisme dan Pakatan Harapan turut bergantung kepada kejayaan reformasi institusi yang dijanjikannya.

 

This article discusses the change of government in Malaysia during GE-14 based on the theoretical frameworks of consociationalism and centripetalism, namely two macro-political strategies for power-sharing in deeply divided multi-ethnic societies. The Barisan Nasional regime is often classified as consociational. An alternative approach to consociationalism, called centripetalism, is best suited to Pakatan Harapan, although some elements of consociationalism are still present in the coalition. The change of political landscape from 2008 to 2018 has raised concerns about the relevance of consociationalism in the 21st century. Barisan Nasional’s defeat marks the end of the glorious era of Barisan Nasional's style of consociationalism, called coercive consociationalism. The systemic failure in the practice of Barisan Nasional’s coercive consociationalism has contributed to its defeat in the GE-14. The fragility of the consociationalism model is evident when the Barisan Nasional coalition is rapidly breaking up after it loses the power of the central government. The movement towards centripetalism among opposition movements since 1998 is in line with the phenomenon of new politics. Pakatan Harapan has a great challenge to show its centrist and moderate agenda to dilute racial elements in Malaysian politics. Furthermore, the future of centripetalism and Pakatan Harapan will depend on the success of the institutional reforms it promises.

 

Keywords: GE-14, Consociationalism, Centripetalism, Pakatan Harapan, Barisan Nasional

Published
2021-06-26
How to Cite
Hasan, M., & Mohd Salleh, H. (2021). PRU-14: Berakhirnya Era Kegemilangan Konsosiasionalisme. Selangor Humaniora Review, 5(1), 303-318. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/127