Kesedaran Ibu Bapa terhadap Amalan Pemakanan Seimbang terhadap Anak-Anak
Parents Awareness on Balanced Nutrition Practices for Children
Abstract
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Kanak-kanak perlu mengambil jumlah kalori yang betul mengikut umur mereka serta nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pengambilan pemakanan seimbang anak-anak. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesedaran ibu bapa terhadap amalan pemakanan seimbang terhadap anak-anak mereka. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dalam talian iaitu Google Form terhadap ibu bapa di sekitar daerah Gombak, Selangor. Jumlah responden dalam kajian ini adalah seratus lima puluh ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan ibu bapa adalah tinggi dan faktor pemilihan makanan seimbang juga memberikan kesan kepada pemilihan makanan seimbang. Ini jelas menunjukkan ibu bapa peka dan prihatin terhadap pengetahuan pemakanan seimbang anak-anak mereka.
A balanced diet is the intake of enough food for the body’s needs. Children need to consume the right amount of calories according to their age and sufficient nutrients such as carbohydrates, proteins, fats, vitamins, and minerals to ensure optimal growth and development. Parents play an essential role in the balanced nutritional intake of children. This study was conducted to examine parents’ awareness of balanced eating practices towards their children. This study was conducted using a survey method by using an online questionnaire that is Google Form to parents around the district of Gombak, Selangor. The total number of respondents in this study was one hundred and fifty parents. Results show that the level of knowledge of parents is high, and the factor of balanced food selection also affects the selection of balanced food. Findings show that parents are sensitive and concerned about their children’s knowledge of balanced nutrition.
Keywords: Balanced nutrition, awareness, parenting, health, disease