Hakam dan Aplikasinya dalam Penyelesaian Kes Perceraian di Mahkamah Syariah Negeri Selangor

Hakam and Its Application in Divorce Cases in Selangor Syariah Courts

  • Mumtazah Narowi Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Universiti Selangor
  • Noor Fadhzana Mohd Noor Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, Universiti Selangor
  • Siti Amalina Ahmad Khairundin Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Universiti Selangor
Keywords: pertikaian perkahwinan, arbitrasi, Selangor

Abstract

Hakam adalah satu kaedah yang berlandaskan hukum syarak yang diberi kuasa dalam memutuskan sama ada pertikaian tersebut akan diselesaikan dengan cara perdamaian atau perceraian. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi hakam sebagai salah satu kaedah perceraian dan menganalisa implikasi hakam terhadap kes perceraian yang diputuskan. Kajian ini adalah merupakan kajian eksplorasi dan induktif yang menggunapakai data kualitatif. Data primer bagi kajian ini adalah data dari dokumen berkaitan hakam, iaitu laporan kes-kes hakam yang diputuskan di Mahkamah Syariah di Selangor. Data ini dianalisa menggunakan kaedah analisa dokumen, dengan pembinaan tema yang bersesuaian bagi menjawab objektif kajian. Kajian ini mendapati bahawa, aplikasi hakam adalah terhad kepada kes-kes perceraian yang tidak mendapat kerjasama atau persetujuan dari kedua pihak atau dalam keadaan telah berlaku shiqaq di antara mereka. Oleh kerana perceraian yang diputuskan oleh hakam adalah merupakan talaq ba’in sugra, maka, implikasinya adalah rujuk tidak terpakai kepada suami dan isteri tersebut. Keputusan perceraian oleh hakam juga tidak boleh dirayu, bersifat muktamad dan mengikat pihak-pihak yang bertikai. Rayuan hanya boleh dibuat apabila terdapat kecacatan dari sudut prosiding sahaja. Kaedah hakam ini juga akan meringankan bebanan yang ditanggung oleh isteri dalam pertikaian seperti penjimatan kos prosiding. Namun, kaedah hakam sebagai salah satu kaedah perceraian alternatif yang dijalankan di Mahkamah Syariah masih baharu dan memerlukan penambahbaikan, terutamanya dari sudut perundangan substantif dan prosedur berkenaan hakam.

Hakam (Arbitration) is a dispute resolution mechanism that is based on Syariah. A hakam (arbitrator) is given the power to resolve marital disputes, either through reconciliation or divorce/ separation. This study aims to identify the application of hakam as one of the marital dispute resolution mechanisms and analyse the implications of hakam towards marital disputes. This study is an exploratory research. It employs an inductive approach to analyse the qualitative data. Primary data was collected from relevant documents, i.e., hakam case reports obtained from Syariah courts in Selangor. Document analysis was employed as a data analysis technique where appropriate themes were developed to achieve the objectives of the study. This study found that the application of hakam in the courts as a dispute resolution mechanism was only restricted to divorce cases where mutual agreement between the litigants could not be achieved. Simultaneously, the disputes between the parties were severe and endless (shiqaq). Since the divorce/ separation resolution by the hakam falls under the category of minor irrevocable divorce (talaq ba’in sugra), reconciliation between the parties is ineffective. Besides that, the hakam resolution is unappealable, absolute, and binding on the parties. The appeal can only be submitted on proceeding defects (technicality issues). In addition, hakam was advantageous to the wife since it reduces some burdens borne by them, e.g., reduction in proceeding costs. Nevertheless, hakam is still a newly emerging dispute resolution mechanism applied by the Syariah courts; thus, improvements are needed, particularly on substantive and procedural laws governing the hakam.  

Keywords: marital dispute, arbitration, Selangor

Published
2021-05-28
How to Cite
Narowi, M., Mohd Noor, N. F., & Ahmad Khairundin, S. A. (2021). Hakam dan Aplikasinya dalam Penyelesaian Kes Perceraian di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Selangor Humaniora Review, 5(1), 19-29. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/131
Section
Feature Articles