Dice Game-Based Teaching Activities and Early Mathematics Learning Behaviours of Pre-schoolers

Aktiviti Pengajaran Berasaskan Permainan Dadu dan Tingkah Laku Pembelajaran Matematik Awal Murid Prasekolah

  • Adibah Nor Mokles Tadika UiTM
  • Abu Bakar Mohd Sheikh Universiti Selangor
Keywords: Influence, dice game-based teaching, learning behaviour

Abstract

This study identified the influence of dice-based teaching activities on learning behaviour and the difference in learning behaviour of pre-schoolers aged 5 – 6 years. It is to overcome the problem of how to use game-based teaching and learning behaviour problems. This study uses the quasi-experimental design of the Non-Equivalent Control Group Pre-test and Post-test studies. A total of 32 participants used dice-based learning (Experiment Group), and another 32 participants did not use dice-based learning (Control Group). The researchers conducted an 8-week intervention on the participants of the Experiment Group study. After eight weeks, the researchers conducted a post-test to compare the scores of students learning behaviours before intervention and after the intervention. The research instruments are the Nursing Assessment Question and Post-Nursing Assessment Question. Researchers analysed quantitative data using SPSS Version 25.0. The findings show that there is a significant influence of dice-based learning activities on pupils' learning behaviour. Moreover, there are significant differences in early Mathematics learning behaviour between groups of pupils who did not use dice-based teaching with groups of pupils who used dice-based teaching activities. This study has implications for parents, kindergarten educators, kindergarten entrepreneurs, and educational policymakers.

 

Abstrak

 

Kajian ini mengenal pasti pengaruh aktiviti pengajaran berasaskan permainan dadu terhadap tingkah laku pembelajaran dan perbezaan tingkah laku pembelajaran murid prasekolah berumur  5 – 6 tahun. Ia bagi mengatasi masalah bagaimana menggunakan pengajaran berasaskan permainan dan masalah tingkah laku pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian Kuasi-eksperimen Prapenilaian dan Pascapenilaian Kumpulan Kawalan Tidak Serupa. Seramai 32 orang peserta kajian menggunakan pembelajaran berasaskan permainan dadu (Kumpulan Eksperimen) dan seramai 32 orang lagi peserta kajian tidak menggunakan pembelajaran berasaskan permainan dadu (Kumpulan Kawalan). Penyelidik menjalankan intervensi selama 8 minggu terhadap peserta kajian Kumpulan Eksperimen. Selepas 8 minggu, penyelidik menjalankan ujian pasca untuk membandingkan skor tingkah laku pembelajaran murid sebelum intervensi dan selepas intervensi. Instrumen kajian ialah Soalan Penilaian Prarawatan dan Soalan Penilaian Pascarawatan. Penyelidik menganalisis data kuantitatif dengan menggunakan SPSS Versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud pengaruh yang signifikan aktiviti pembelajaran berasaskan permainan dadu terhadap tingkah laku pembelajaran murid.  Juga, wujud perbezaan yang signifikan tingkah laku pembelajaran Matematik Awal antara kumpulan murid yang tidak menggunakan pengajaran berasaskan permainan dadu dengan kumpulan murid yang menggunakan aktiviti pengajaran berasaskan permainan dadu. Kajian ini memberi implikasi kepada ibu bapa, pendidik tadika, pihak pengusaha tadika, dan pembuat dasar pendidikan.  

 

Kata kunci: Pengaruh, pengajaran berasaskan permainan dadu, tingkah laku pembelajaran

Published
2021-12-15
How to Cite
Mokles, A. N., & Sheikh, A. B. M. (2021). Dice Game-Based Teaching Activities and Early Mathematics Learning Behaviours of Pre-schoolers. Selangor Humaniora Review, 5(2), 102-123. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/146