Covid-19 Pandemic: The Use of e-Learning during Movement Control Order (MCO) among Students in Universiti Selangor

Pandemik Covid-19: Penggunaan e-Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Selangor

  • Nur Hakimah Japalding@Rais Universiti Selangor
  • Hafizah Kusnek Universiti Selangor
Keywords: e-learning usage, effectiveness, motivation, readiness, barriers

Abstract

Online learning or e-learning is alternative learning that is implemented interactively and in real time to meet the current educational needs during the Movement Control Order (MCO). This new learning norm is in line with the directive of the Ministry of Higher Education (MOHE) in early 2020. This study is a descriptive study that aims to identify the usage of e-learning among Year 1 students at Universiti Selangor, Bestari Jaya, as well as to identify factors and barriers that influence the effectiveness of the use of e-learning during the Movement Control Order (MCO). A total of 40 first-year students from the Faculty of Education and Social Sciences, Universiti Selangor, were respondents. A set of questionnaires was used as a research instrument and analyzed using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 software descriptively. A pilot study was conducted to test the reliability of the instrument and obtained 0.88. Findings show that the usage of e-learning is moderate. Overall, the findings of this study can be utilized by various parties to improve aspects of the use of e-learning among students.

 

Abstrak

 

Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran adalah pembelajaran alternatif yang dilaksanakan secara interaktif dan masa sebenar bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Norma baharu pembelajaran ini sejajar dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada awal 2020. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar Tahun 1 di Universiti Selangor, Bestari Jaya, serta mengenal pasti faktor dan halangan yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan e-pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 40 orang pelajar Tahun 1 dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 secara deskriptif. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen dan memperolehi 0.88. Dapatan menunjukkan tahap penggunaan e-pembelajaran adalah sederhana. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak bagi memperbaiki aspek amalan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar.    

 

Kata kunci: penggunaan e-pembelajaran, keberkesanan, motivasi, kesediaan, halangan

Published
2021-12-15
How to Cite
Japalding@Rais, N. H., & Kusnek, H. (2021). Covid-19 Pandemic: The Use of e-Learning during Movement Control Order (MCO) among Students in Universiti Selangor. Selangor Humaniora Review, 5(2), 146-168. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/170