Pengaruh Faktor Guru Dalam Penguasaan Bidang Jawi Dalam Pendidikan Islam Di Kalangan Murid Tahun Enam Di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang

  • Nursyahirah Wahidah Binti Masrom Puan
  • Rabi'atul Aribah Binti Muhamad Isa @ Omar
  • Mohd Azuan Bin Sulaiman
  • Abdul Rahimi Bin Abdul Rahman
Keywords: Bidang Jawi, Pendidikan Islam, Faktor Guru

Abstract

Penguasaan bidang Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam amat penting terutama sekali dalam mengenal huruf Jawi. Murid yang lemah penguasaan huruf Jawi akan menyebabkan keciciran apabila rakan sekelas mengikuti kemahiran yang lebih tinggi dan semakin sukar. Tambahan pula, hal ini akan menyebabkan murid susah mengingat kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi serta bentuk huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya. Seterusnya keadaan ini menjadi lebih sukar apabila buku teks Pendidikan Islam dan BBM disediakan dalam tulisan Jawi. Pernyataan masalah yang wujud ialah pencapaian murid dalam bidang Jawi yang tidak konsisten dari tahun ke tahun. Oleh itu, peranan faktor guru mempengaruhi penguasaan murid terhadap bidang Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji pengaruh faktor guru dalam penguasaan bidang Jawi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Metodologi penyelidikan ini pula menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah menemu bual guru Pendidikan Islam berkaitan penyediaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan analisis teks induktif menggunakan perisian ATLAS.ti versi 8.0. Hasil kajian mendapati sebahagian besar penguasaan bidang Jawi amat dipengaruhi oleh pengajaran guru di samping faktor lain seperti rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan minat terhadap bidang Jawi.

 

Published
2023-03-14
How to Cite
Binti Masrom, N., Muhamad Isa @ Omar, R. A., Sulaiman, M. A., & Abdul Rahman, A. R. (2023). Pengaruh Faktor Guru Dalam Penguasaan Bidang Jawi Dalam Pendidikan Islam Di Kalangan Murid Tahun Enam Di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Selangor Humaniora Review, 6(2), 13-32. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/227