Kajian Terhadap Penggunaan Bahasa Pelat Oleh Ibu Bapa Dalam Perkembangan Bahasa Awal Kanak-Kanak

A Study On The Use Of 'Pelat' Language By Parents In Children's Early Language Development

  • Nurul Ain Ismail Madam
  • Nurul Afiqah Sapari
  • Noor Shahirah Faizal
  • Mohd Noor Rizal Arbain
Keywords: Pelat, Perkembangan Bahasa, Simptom, Kaedah

Abstract

 

ABSTRAK

Pelat dalam kalangan kanak-kanak bukan satu perkara biasa didengari dan tidak didefinisikan sebagai salah satu daripada simptom penyakit kanak-kanak. Akan tetapi jika ianya tidak dibendung dari awal, ia akan menjadi salah satu kesukaran bertutur mengikut peringkat usia sebenar kanak-kanak. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengesahkan penggunaan bahasa pelat oleh orang dewasa akan memberi kesan terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak yang berusia 4 hingga 5 tahun dan mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai digunakan dalam dalam mengatasi masalah pelat. Sampel kajian ini telah melibatkan seramai 50 orang responden yang dipilih secara rawak. Data yang diperolehi melalui kajian ini adalah soal selidik dengan menggunakan pengukuran skala likert. Hasil kajian turut juga menunjukkan bahawa majoriti responden mengetahui cara atau kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu mengatasi masalah pelat terhadap perkembangan bahasa anak-anak mereka.  Keputusan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa majoriti ibu bapa bersetuju dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh ibu bapa dapat mengatasi masalah pelat terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak sekitar umur 4 hingga 5 tahun. Implikasi dari hasil kajian ini mendapati ibu bapa mulai sedar tentang kepentingan sebutan perkataan dan pertuturan yang betul terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak dari awal usia.

ABSTRACT

‘Pelat’ in childhood is not a common thing to hear and is not defined as one of the symptoms of childhood disease. But if it hadn't been contained from the start, it would have been one of the difficulties of speaking according to the actual age rating of childhood. The main objective of this study is to certify the use of plate language by adults has an effect on the language development of children aged 4 to 5 years and identify the appropriate learning methods used in overcoming plate problems. The sample of this study has involved a total of 50 respondents selected in a swampy manner. The data obtained through this study is a matter of research using Likert scale measurements. The results of the survey also showed that the majority of respondents knew the learning methods or methods that parents could use to overcome ‘pelat’ problems with their children's language development. The results of this study have shown that most parents agree with the learning method used by parents to address ‘pelat’ problems with children's language development around the age of 4 to 5 years. The implications result of this study found that parents began to realize the importance of proper speech and speech in children's language development from an early age.

 

Published
2023-03-14
How to Cite
Ismail, N., Sapari, N. A., Faizal, N. S., & Arbain, M. N. R. (2023). Kajian Terhadap Penggunaan Bahasa Pelat Oleh Ibu Bapa Dalam Perkembangan Bahasa Awal Kanak-Kanak. Selangor Humaniora Review, 6(2), 72-83. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/236