Falsafah Pendidikan Al-Hikmah Dalam Pembentukan Karakter

  • Hasri Harun
Keywords: Hikmah education, character development, Islamic values, Luqman al-hakim, pendidikan al-hikmah, pembinaan karekter, nilai-nilai Islam, Luqman alhakim

Abstract

Abstract

Al-Hikmah education is a brand of idea and philosophy of education centered on values ​​inspired by the wise message of Luqman al-Hakim revealed in verses 12-19 of Surah Luqman. It was initiated by Dato' Dr Siddiq Fadhil around the year 2000. This reminder by Luqman al-Hakim describes the major outlines of the Rabbani education for children where the process combines the components of Aqedah, Shariah and Morals. Al-Hikmah education is also an integrated educational philosophy with the aim of producing civilized people with a strong identity and good character. The implementation of al-Hikmah Education is a result in the realization of Value-based Character Education from an Islamic perspective. This article aims to explore the objectives and importance of the al-Hikmah philosophy of education and discusses the strengths that can be applied in the implementation of education. This study applies a qualitative approach by referring to studies from books and past written materials as well as making comparisons with practices in the current education system. From this study, it will produce ideas and approaches that can be implemented based on the message of Luqman al-Hakim in instilling aesthetic values ​​as the basis of character formation which includes attitudes, feelings and behavior holistically.

 

Abstrak

 

Pendidikan al-Hikmah adalah satu penjenamaan idea dan falsafah pendidikan yang berpaksikan nila-nilai yang diilhamkan daripada pesan bijaksana Luqman al-Hakim yang terungkap dalam ayat 12-19 surah Luqman. Ianya dicetuskan oleh Dato' Dr Siddiq Fadhil sekitar tahun 2000. Pesanan  Luqman al-Hakim ini mengungkap garis-garis besar pendidikan Rabbani kepada anak-anak dimana prosesnya menggabungjalinkan komponen aqidah, syariah dan akhlak. Pendidikan al-Hikmah juga adalah satu falsafah pendidikan bersepadu bermatlamat melahirkan insan yang beradab, mempunyai jatidiri yang kuat serta melahirkan insan yang mempunyai watak atau karekter yang baik. Pelaksanaan Pendidikan al-Hikmah ini merupakan satu natijah dalam merealisasikan Pendidikan Karekter berasaskan Nilai dari perspektif Islam. Artikel ini bertujuan meneroka objektif dan kepentingan falsafah pendidikan al-hikmah ini dan melihat kekuatan yang boleh diterapkan dalam pelaksanaan pendidikan . Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan merujuk kepada kajian-kajian daripada buku dan bahan-bahan bertulis lalu serta membuat perbandingan dengan  praktis dalam sistem pendidikan semasa.  Daripada kajian ini akan menghasilkan idea-idea dan pendekatan yang boleh dilaksanakan berdasarkan pesan Luqman al-Hakim dalam menyemai nilai estetika sebagai asas pembentukan karakter meliputi sikap, perasaan, tingkahlaku secara holistik.

Published
2023-08-21
How to Cite
Harun, H. (2023). Falsafah Pendidikan Al-Hikmah Dalam Pembentukan Karakter. Selangor Humaniora Review, 7(1), 50-62. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/246