AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA NCDRC: SATU KAJIAN KES

Thematic Approach Teaching Practices Among Kindergarten Educators: A Case Study in NCDRC

  • Siti Nur Nadirah Ibrahim Mrs
  • Masitah Binti Musa
  • Nurul Jannah Kamaruddin
  • Nurul Erra Haziqah Binti Shamsul
  • Mus Delifah Abd Manam
Keywords: Amalan Pengajaran, Pendekatan Bertema, Pendidik Taska

Abstract

Amalan pengajaran pendekatan bertema dalam kalangan pendidik taska kurang mendapat sambutan. Hal ini kerana kebanyakan taska menggunakan kaedah pengajaran pendekatan belajar melalui bermain. Puncanya adalah pendidik taska itu sendiri tidak mempunyai kemahiran dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran pendekatan bertema. Oleh hal yang demikian, fokus kajian ini adalah bagi mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan bertema dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik taska dalam menggunakan pendekatan bertema ini. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan bertema yang dijalankan oleh pendidik taska dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pendidik taska semasa menggunakan pendekatan bertema. Responden kajian ini terdiri daripada 44 orang pendidik dari taska di National Children’s Data Centre System (NCDRC). Kajian ini dihuraikan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan pendidik taska NCDRC menggunakan pendekatan bertema dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menghasilkan satu projek besar pada akhir pembelajaran pada hujung tahun. Pendidik taska NCDRC cenderung melihat minat kanak-kanak sebelum melaksanakan aktiviti pembelajaran. Hal ini kerana pembelajaran berdasarkan minat kanak-kanak akan mendatangkan hasil yang lebih berkesan kepada kanak-kanak dan pendidik itu sendiri.

Published
2025-02-10
How to Cite
Ibrahim, S. N. N., Musa, M., Kamaruddin, N. J., Shamsul, N. E. H., & Abd Manam, M. D. (2025). AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA NCDRC: SATU KAJIAN KES. Selangor Humaniora Review, 8(2), 96-105. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/305