ANALISIS PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Analysis Of AI Implementation In Online Learning

  • Ahmad Muhaimin Mohamad Dr.
  • Awanis Romli Associate Professor, Dr.
  • Suhaila Che Noh Dr.
Keywords: Pembelajaran dalam talian, kecerdasan buatan, e-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran (LMS), Pembelajaran Teradun

Abstract

Pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) dikenal pasti signifikan kepada peningkatan pengalaman pembelajaran. Namun, terdapat cabaran dari segi pedagogi, penilaian, interaksi, dan pengalaman pembelajaran. Teknologi kecerdasan buatan (AI) menawarkan penyelesaian cabaran e-pembelajaran konvensional. Tinjauan literatur mendapati penggunaan AI mempunyai implikasi seperti persekitaran pembelajaran kendiri, automasi bahan pembelajaran, maklum balas pantas, penilaian berorientasikan pelajar, dan peningkatan kecekapan pengurusan pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti domain penggunaan AI pada pembelajaran dalam talian berdasarkan analisis kualitatif artikel di pangkalan data SCOPUS dengan skop kajian; e-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran, pembelajaran teradun, dan Massive Open Online Course. Carian artikel di pangkalan data SCOPUS menggunakan teknik Boolean dengan kombinasi kata kunci merujuk skop kajian. Sebanyak 58 artikel diperoleh dengan tetapan tahun penerbitan 2013 – 2023 dalam Bahasa Inggeris sahaja. Analisis kuantitatif mendapati wujud kecenderungan kajian AI dan e-pembelajaran (34 artikel), diikuti sistem pengurusan pembelajaran (12), pembelajaran teradun (5), dan Massive Open Online Course (5). Seterusnya analisis kualitatif pada abstrak mendapati secara keseluruhan AI pada e-pembelajaran bertujuan; membentuk persekitaran pembelajaran kendiri, automasi penyediaan bahan pembelajaran, maklum balas pantas, penilaian berorientasikan perkembangan pelajar, dan automasi pengurusan pelajar. Hasil kajian dicadangkan sebagai panduan kerangka pembangunan pembelajaran dalam talian dengan sokongan AI secara menyeluruh.

Published
2025-02-10
How to Cite
Mohamad, A., Romli, A., & Che Noh, S. (2025). ANALISIS PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN. Selangor Humaniora Review, 8(2), 30-49. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/314