ANALISIS ITEM BAGI UJIAN SIRAH TAHUN EMPAT DI SEKOLAH AGAMA NEGERI SABAH MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH
Keywords:
Analisis Item , Model Pengukuran Rasch, Ujian PencapaianAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kualiti soalan yang terdapat di dalam set Ujian Sirah untuk murid-murid tahun empat di sebuah sekolah agama negeri di Negeri Sabah. Set Ujian telah dibangunkan oleh guru di sekolah berkenaan yang mengandungi 40 butir soalan aneka jawapan. Set ujian tersebut ditadbir ke atas 22 orang murid dan kemudian dianalisis menggunakan perisian WINSTEP untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan dan nilai kesesuaian bagi setiap butir soalan. Hasil analisis mendapati nilai kebolehpercayaan item bagi set ujian adalah diterima (0.76) dan terdapat tiga item yang tidak menepati nilai kesesuaian (fit) yang ditetapkan model pengukuran Rasch iaitu item 19, 38, dan 37. Bagi susunan aras kesukaran item, item 40 merupakan item yang paling sukar kerana menunjukkan nilai logit yang paling tinggi (2.85) manakala item yang paling mudah adalah Item 15 dengan nilai logit yang paling rendah (-1.98). Bagi meningkatkan lagi kualiti set ujian ini, pemurnian dan pembaikan boleh dilakukan oleh guru dan Model Pengukuran Rasch dilihat sebagai satu pendekatan yang sesuai untuk menganalisis ciri-ciri psikometrik bagi sesuatu ujian.