FAKTOR DAN KESAN PENDERAAN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK DI SELANGOR

The Factors and Effects of Abuse on Children’s Socioemotional Development in Selangor

Authors

  • NORSYAHIDA MAT NAZIR
  • SATURIA AMIRUDDIN
  • NUR FATIHAH MAHADZIR
  • NURFATIN NAJEEHA HANIM MOHAMED

Keywords:

Kanak-kanak, Penderaan, Sosio Emosi, Faktor, Kesan, Selangor

Abstract

Abstract

 

Child maltreatment can be broadly conceptualized as an act of abuse or maltreatment of a child in terms of physical, emotional, sexual and neglect. The aim of this study is to identify the factors and impact of abuse on the socio-emotional development of children in the state of Selangor.A quantitative method was employed in which the questionnaire questions were distributed to 105 respondents consisting of parents and guardians living in the Selangor area. The study showed that hot tempered parents are most likely to contribute to the e factors of child maltreatment occurring in Selangor in 2021, with  the mean value is 4.1810 and the standard deviation is 0.7176. also found that child maltreatment causes children to experience emotional distress and depression., with highest mean of 4.4190 and standard deviation of 0.4957 by the analysis conducted. this study urge the community and authorities to take action on child abuse seriously in Malaysia, especially in Selangor region.

 

Keywords: Children, Chastening, Socio-emotional, Factors, Effects, Selangor

 

Abstrak

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor dan kesan penderaan terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak di Negeri Selangor. Penderaan kanak-kanak secara umumnya boleh dikonsepsikan sebagai perbuatan yang menzalimi atau menganiaya kanak-kanak dari segi aspek fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Faktor dan kesan diberi keutamaan dalam kajian dalam menganalisis lebih terperinci apakah signifikan yang boleh dilihat di antara hubungan penderaan terhadap sosioemosi kanak-kanak dan kesannya yang boleh diambil perhatian oleh semua pihak. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif dimana soalan soal selidik telah diedarkan kepada 105 responden terdiri daripada ibu bapa dan penjaga yang menetap di sekitar Selangor. Hasil dapatan kajian daripada pengumpulan data yang diperolehi dari soal selidik menyatakan bahawa faktor sikap ibu bapa atau penjaga yang panas baran  merupakan faktor tertinggi penderaan kanak-kanak yang berlaku di Selangor iaitu min sebanyak 4.1810 dan sisihan piawaian .71765. Manakala kesan penderaan kanak-kanak terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak di Selangor mendapati bahawa kesan penderaan kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak mengalami tekanan perasaan dan murung. Hal ini dibuktikan dengan jumlah min yang tertinggi iaitu 4.4190 dan sisihan piawaian ialah 0.4957 melalui analisis yang dilakukan. Seterusnya  kajian ini juga diharapkan dapat membuka mata masyarakat serta pihak berautoriti untuk diambil  tindakan  dan  perhatian  serius  terhadap  kes  penderaan  kanak-kanak  di  Malaysia khususnya di Selangor.

 

Kata kunci: Kanak-kanak, Penderaan, Sosio emosi, Faktor, Kesan, Selangor

 

Downloads

Published

2025-06-28

How to Cite

MAT NAZIR, N., AMIRUDDIN , S., MAHADZIR, N. F., & MOHAMED, N. N. H. (2025). FAKTOR DAN KESAN PENDERAAN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK DI SELANGOR: The Factors and Effects of Abuse on Children’s Socioemotional Development in Selangor. Selangor Humaniora Review, 9(1), 89–96. Retrieved from http://share.journals.unisel.edu.my/index.php/share/article/view/307