PERANAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT KUALA LUMPUR (PPZ-KL) DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MAHASISWA B40 DI UNIVERSITI SWASTA
The Role of the Kuala Lumpur Zakat Collection Centre (PPZ-KL) in the Educational Development of B40 Students at Private Universities
Keywords:
Zakat Collection Centre (PPZ-KL), Educational Development, B40 StudentsAbstract
Abstract
This study aims to investigate the strategies and mechanisms of zakat distribution by the Kuala Lumpur Zakat Collection Center (PPZ-KL) in alleviating the educational burdens faced by B40 students, who are among those most in need of educational support for a brighter future. In today’s increasingly challenging economic climate, zakat assistance serves as an essential support instrument for eligible students. Hence, this study explores the strategies and distribution mechanisms of PPZ-KL, identifies the challenges and obstacles faced by B40 students in obtaining zakat assistance from PPZ-KL, and suggests more effective strategies and approaches for PPZ-KL in supporting the educational development of B40 students. This research incorporates a literature review to identify the background of zakat distribution strategies, along with a qualitative approach through interviews with five students from UNIKL, Kolej Profesional Baitulmal, and UCMI in Kuala Lumpur to gather relevant field data. The study’s findings reveal several improvements that can empower the zakat distribution system to become more comprehensive and effective. Ultimately, this study hopes to raise awareness among B40 students about available zakat opportunities and strengthen PPZ-KL's role in supporting the education of those in need.
Keywords: Zakat Collection Centre (PPZ-KL), Educational Development, B40 Students.
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik strategi dan mekanisme agihan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (PPZ-KL) dalam meringankan beban pendidikan Mahasiswa B40, golongan yang paling memerlukan sokongan pendidikan demi masa depan yang lebih cerah. Dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar, bantuan zakat memainkan peranan penting sebagai instrumen sokongan bagi mahasiswa yang layak. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji strategi dan mekanisme agihan Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (PPZ-KL), mengenalpasti cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Mahasiswa B40 dalam mendapatkan bantuan zakat PPZ-KL serta mencadangkan strategi dan pendekatan yang lebih efektif bagi PPZ-KL dalam menyokong pembangunan pendidikan Mahasiswa B40. Kajian ini melibatkan kaedah perpustakaan untuk mengenal pasti latar belakang strategi zakat, di samping kaedah kualitatif melalui temubual bersama lima mahasiswa daripada UNIKL, Kolej Profesional Baitulmal, dan UCMI di Kuala Lumpur bagi mendapatkan data lapangan yang relevan. Dapatan kajian ini menunjukkan beberapa penambahbaikan yang dapat memperkasa sistem agihan zakat agar lebih menyeluruh dan berkesan. Hasilnya, kajian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran Mahasiswa B40 terhadap peluang zakat yang tersedia dan memperkukuh peranan PPZ-KL dalam menyokong pendidikan golongan yang memerlukan.
Kata kunci: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-KL), Pembangunan Pendidikan, Mahasiswa B40.