Tahap Kerelevanan Isi Kandungan Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Mengikut Persepsi Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di USIM

Relevance Level of the Arabic Essay Writing Skills Module Contents According to The Perception of Bachelor in Arabic Language Undergraduates in USIM

  • Mohamad Rofian Ismail
  • Muhammad Daoh
Keywords: Tahap Kerelevanan, Kandungan, Karangan Bahasa Arab, Persepsi, Pelajar USIM

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pandangan pelajar sarjana muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi terhadap tahap kerelevanan isi kandungan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab yang digunakan dalam mempelajari kemahiran mengarang. Sebanyak 30 orang responden daripada kumpulan rawatan yang telah menggunakan modul tersebut selama tujuh minggu diambil sebagai sample kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Product and Service Solutions (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif mudah iaitu skor min analisis digunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Tatacara penganalisaan data dalam kajian ini bersandarkan kepada, interpretasi skor min oleh Jamil Ahmad (1993). Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati nilai min yang diperoleh untuk 10 item yang dikaji berada pada skor min yang tinggi iaitu 4.30 (SP=0.609). Dapatan ini secara tidak langsung memperihalkan bahawa modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab pada pandangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab & Komunikasi USIM mempunyai tahap kerelevanan isi kandungan yang tinggi dan sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran modul menulis karangan bahasa Arab di institusi pengajian tinggi.

Abstract

This study was conducted to examine the views of undergraduate students at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) in the field of Arabic Language and Communication on the level of relevance of the content of the Arabic essay writing skills module used in learning composing skills. A total of 30 respondents from the treatment group who had used the module for seven weeks were taken as the study sample. The data obtained were analyzed using Statistical Product and Service Solutions (SPSS) version 22.0. A simple descriptive analysis method that is the mean score of the analysis is used to obtain the findings of the study. The data analysis procedure in this study is based on the interpretation of the mean score by Jamil Ahmad (1993). The findings of the study as a whole found that the mean value obtained for 10 items studied was at a high mean score of 4.30 (SP = 0.609). These findings indirectly describe that the Arabic essay writing skills module in the view of USIM Bachelor of Arabic Language & Communication students has a high level of content relevance and suitable in teaching and learning activities of Arabic essay writing module in institutions of higher learning.

Keywords: Relevance level, Content, Arabic essay, USIM student

Author Biographies

Mohamad Rofian Ismail

Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Muhammad Daoh

Faculty of Social Science and Education, Universiti Selangor (UNISEL)

Published
2020-12-30
How to Cite
Ismail, M. R., & Daoh, M. (2020). Tahap Kerelevanan Isi Kandungan Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Mengikut Persepsi Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di USIM. Selangor Humaniora Review, 4(2), 24-36. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/121