Pembinaan Item Bagi Instrumen Pentaksiran Nilai Akhlak (I-PeNA) Untuk Kanak-Kanak Prasekolah
Item Development for the Instrument of Akhlak Values Assessment (I-PeNA) for preschoolers
Abstract
Pentaksiran perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses untuk mengumpulkan maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran dijalankan secara tidak formal dan menggunakan pendekatan pemerhatian. Salah satu perkembangan kanak-kanak yang perlu ditaksir juga adalah perkembangan penguasaan nilai Akhlak. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan konstruk utama dan item-item bagi setiap konstruk di dalam Instrumen Pentaksiran Nilai Akhlak (I-PeNA) untuk kanak-kanak prasekolah. Kajian bersifat kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dijalankan ke atas beberapa kitab-kitab seperti Ihya’Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali, Bimbingan Mukmin, dan Khuluqul Muslim serta dokumen-dokumen rasmi seperti Instrumen Kemenjadian Murid, Panduan Penguatan Pendidikan Karakter, Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan dan Modul Latihan PERMATA. Hasil kajian mendapati terdapat tiga konstruk utama di dalam I-PeNA iaitu konstruk Pertuturan, Pergaulan dan Personaliti dan terdapat 35 item disenaraikan dan diletakkan di dalam setiap konstruk: Konstruk Pertuturan (10 item), Konstruk Pergaulan (15 item) dan Konstruk Personaliti (10 item). Item-item penting dan boleh digunakan dalam pentaksiran nilai Akhlak untuk kanak-kanak di prasekolah.
Assessment is a process of gathering information about a child's development. Assessment is conducted informally and using an observational approach. One of the children's development that needs to be assessed is also the development of Akhlak values. This study aims to develop the main constructs and items for each construct in the Akhlak Value Assessment Instrument (I-PeNA) for preschool children. This qualitative study uses a document analysis approach, and the analysis is carried out on several books such as Ihya' Ulumuddin by Imam Al-Ghazali, Bimbingan Mukmin, and Khuluqul Muslim as well as official documents such as the Instrumen Kemenjadian Murid, Panduan Penguatan Pendidikan Karakter, Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan dan Modul Latihan PERMATA. The results of the study found that there are three main constructs in I-PeNA, namely the Speech, Social, and Personality constructs and there are 35 items listed and placed in each construct: Speech Construct (10 items), Social Construct (15 items) and Personality Construct (10 items). Items are important and can be used in the assessment of Moral values for children in preschool.