KESAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) TERHADAP PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK SELEPAS PKP
The Impact of Home-based Learning and Teaching (PdPR) on Children's Emotional Development After Movement Control Order in Malaysia
Abstract
During the Movement Control Order (MCO) period, Home Teaching and Learning (PdPR) was implemented to ensure that children could follow the teaching and learning activities online. This causes children to face emotional problems that affect their behaviour. This study discusses the impact of PdPR on children's emotional development after MCO. This study aims to identify the factors that influence children's emotional problems after PdPR, see the impact of PdPR on children's emotions, compare the emotional problems of urban and rural children and find solutions to the effects of PdPR on children's emotions. The sample selection involved 341 parents from the State of Selangor as respondents. This study uses a quantitative method that uses a questionnaire. The study's findings show that internet factors are the most influential in PdPR and it causes the comprehension effect of rural children to be higher than urban children.
Abstrak
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Hal ini menyebabkan kanak-kanak berhadapan dengan masalah emosi yang mempengaruhi tingkah laku mereka. Kajian ini membincangkan berkaitan kesan PdPR terhadap perkembangan emosi kanak-kanak selepas PKP. Objektif kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi masalah emosi kanak-kanak semasa PdPR, melihat kesan PdPR terhadap emosi kanak-kanak, membandingkan masalah emosi kanak-kanak bandar dan luar bandar serta mencari langkah penyelesaian dalam kesan PdPR terhadap emosi kanak-kanak. Pemilihan sampel dipilih secara rawak iaitu melibatkan seramai 341 orang responden ibu bapa di sekitar Negeri Selangor. Kaedah kajian penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor internet yang paling mempengaruhi dalam PdPR dan ia menyebabkan kesan kefahaman kanak-kanak luar bandar lebih tinggi berbanding kanak-kanak bandar.