AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KALANGAN PENDIDIK TADIKA SWASTA

Teaching And Learning Practices of Cross-Curricular Elements Among Private Preschool Educators

  • Masitah Binti Musa MRS
  • Norsyahida Mat Nazir
  • Norfaizatulakma binti Johari Johari
  • ‘Athirah Jannah And Rahim
  • Muhammad Alif Ahmad
Keywords: Pengajaran dan Pembelajaran, Elemen Merentas Kurikulum, Pendidik, Tadika Swasta, Kanak-kanak

Abstract

Elemen Merentas Kurikulum adalah nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam standard kandungan. Penerapan Elemen Merentas Kurikulum dapat menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan bermakna. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti amalan dan cabaran pengajaran serta cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum dalam kalangan pendidik Tadika Swasta kepada kanak-kanak. Kajian tinjauan ini adalah berbentuk kuantitatif seramai 60 orang responden yang telah dipilih dalam daerah Kuala Selangor, Selangor. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package Social Sciences (SPSS) versi 25. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai teknik dan strategi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum yang diamalkan oleh guru tadika swasta. Manakala cabaran dalam pelaksanaan Elemen Merentas Kurikulum pula tertumpu pada persekitaran bilik darjah dan penggunaan bahasa yang sesuai dengan perkembangan murid. Secara keseluruhannya, kajian ini mampu untuk membuktikan bahawa guru Tadika Swasta mempunyai amalan dan cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum. Saranan kajian ini adalah diharapkan guru tadika swasta dapat menguasai elemen yang terdapat dalam Elemen Merentas Kurikulum dengan lebih baik serta tahap kesedaran atau pemahaman guru tadika swasta terhadap elemen merentas kurikulum masih boleh ditingkatkan dengan latihan dan sumber yang sesuai.

Published
2024-12-30
How to Cite
Musa, M., Mat Nazir, N., Johari, N. binti J., And Rahim, ‘Athirah J., & Ahmad, M. A. (2024). AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KALANGAN PENDIDIK TADIKA SWASTA. Selangor Humaniora Review, 8(2), 62-72. Retrieved from https://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/303