IMPAK PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK TERHADAP PERUBAHAN AKHLAK PELAJAR UNISEL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Abstract
Aplikasi TikTok telah memberi impak besar terhadap pembentukan akhlak dan kepribadian pelajar. Aplikasi TikTok merupakan platform media sosial yang memuatkan video pendek disertakan dengan muzik untuk membolehkan seseorang berkongsi pelbagai maklumat seperti masakan, pembelajaran, ilmu-ilmu agama dan banyak lagi. Akan tetapi jika tersalah menggunakan media tersebut akan memberikan kesan negatif kepada penggunanya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui impak aplikasi TikTok terhadap perubahan akhlak dalam kalangan pelajar UNISEL, mengenal pasti langkah-langkah membendung penyalahgunaan aplikasi TikTok dan mengkaji pandangan pelajar terhadap syariat dalam penggunaan TikTok. Kaedah pendekatan kuantitatif akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dan kemudian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan suatu kesimpulan. Hasil kajian yang telah di kenalpasti menunjukkan terdapat banyak kebaikan dan keburukan media sosial TikTok terhadap akhlak pelajar khususnya. Justeru itu, para pendidik harus bekerjasama dalam membina kembali semangat kepimpinan akhlak para pelajar untuk menghasilkan graduan yang berkualiti dan berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga berjaya dalam mempamerkan sahsiah yang baik.