Analisis Keperluan Pembinaan Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab dari Aspek Model dan Kaedah Pengajaran Modul

Need Analysis: Models and Methods of Teaching for Module Construction of Arabic Writing Essay

  • Mohamad Rofian Ismail Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Muhammad Daoh Universiti Selangor
Keywords: Analisis Keperluan, Modul, Karangan Bahasa Arab, Pengajaran

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pandangan tenaga pengajar bahasa Arab di Universiti Awam Malaysia (UAM) berkaitan pengajaran modul kemahiran mengarang. Data yang diperoleh merupakan dapatan sokongan yang digunakan untuk membina modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab (M-KMKBA). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan seramai 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada tenaga pengajar bahasa Arab dari empat buah universiti iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diambil sebagai sampel kajian. Satu set protokol temubual digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah tematik secara manual. Transkrip temubual dianalisis mengikut tema dan kategori bagi memperoleh dapatan analisis keperluan dan pembangunan modul M-KMKBA. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa semua tenaga pengajar secara umumnya bersetuju sekiranya kaedah dan pendekatan pengajaran modul kemahiran mengarang bahasa Arab diajar dengan pelbagai kaedah dan bukannya bergantung kepada satu-satu kaedah sahaja, antaranya secara komunikatif, secara langsung, interaktif, eklektik dan kaedah terjemahan.


This study was conducted to examine the views of Arabic language teachers at the Public University of Malaysia (UAM) on the aspects of teaching the essay writing skills module. The data obtained were the support findings used to develop the Arabic language of essay writing skills modules (M-KMKBA). The study was a qualitative study and a total of 12 study participants consisting of Arabic language instructors from four universities, namely Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), and Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) were taken as a sample of the study. A set of interview protocols is used as a research instrument for obtaining data. The data obtained were analyzed using the thematic method manually. The interview transcripts were analyzed according to the theme and category to obtain the findings of the need’s analysis and the development of the M-KMKBA module. The findings in general state that all lecturers agree that the methods and approaches to the module are taught in a variety of ways rather than relying on one method only, including communicative, direct, interactive, eclectic, and translation methods.

 

Keywords: Need Analysis, Module, Arabic Essays, Teaching

Published
2021-06-04
How to Cite
Ismail, M. R., & Daoh, M. (2021). Analisis Keperluan Pembinaan Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab dari Aspek Model dan Kaedah Pengajaran Modul. Selangor Humaniora Review, 5(1), 133-146. Retrieved from http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/122

Most read articles by the same author(s)