Penilaian Guru terhadap Model Perisian Smart Al-Fatihah

Teacher’s Evaluation on Smart Al-Fatihah Software Model

  • Muhammad Nazir Mohamed Khalid Universiti Selangor
  • Hafiza Abdul Hamid Universiti Selangor
  • Mohd Firdaus Khalid Universiti Selangor
  • Khairil Bariyyah Hassan Universiti Selangor
  • Muhammad Daoh Universiti Selangor
Keywords: Pendidikan Islam, Smart al-Fatihah, multimedia, bahasa Al-Quran

Abstract

Multimedia yang sering dikaitkan dengan trend masa kini dalam Pendidikan merupakan salah satu strategi yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai elemen multimedia yang diterapkan dalam suasana interaktif dalam perisian dapat menyediakan suatu persembahan yang menarik dan memotivasikan murid untuk belajar. Kajian ini bertujuan untuk menilai model pembelajaran bahasa Arab al-Quran melalui perisian permainan bahasa bermultimedia yang telah dibangunkan yang dikenali sebagai Smart al-Fatihah (SaF). Perisian multimedia ini dibangunkan berasaskan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2006. Persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini adalah untuk membina dan menilai sama ada isi kandungan perisian ini menepati kurikulum Pendidkan Islam, mengaplikasikan unsur multimedia serta menilai dari sudut kepuasan pengguna dan mengaplikasikan konsep pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan keatas 12 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Data-data yang telah dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan para guru bersetuju bahawa perisian SaF menepati dari aspek persembahan multimedia (skor min 4.52), aspek isi kandungan (skor min 4.69) serta dari aspek kepuasan pengguna (skor min 4.60) dan pengaplikasian konsep pembelajaran (skor min 4.64). Perisian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru sebagai alternatif bahan bantu mengajar mereka. Kombinasi pelbagai media dalam perisian SaF ini juga telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

 

Multimedia that is often associated with current trends in Education is one of the strategies that can be applied to overcome the weaknesses faced in the process of teaching and learning. Various multimedia elements implemented in an interactive environment in the software can provide an exciting presentation and motivate students to learn. The purpose of this study is to evaluate the al-Quran language learning model through a developed multimedia language game called Smart al-Fatihah (SaF). This multimedia software was developed based on the Year 1 Islamic Education syllabus issued by the Ministry of Education in 2006. The questionnaire presented in this study is to build and evaluate whether the content of this software meets the Islamic Fundamentals curriculum, apply multimedia elements and assess from the point of user satisfaction. This study has been conducted on 12 Islamic and Arabic Education teachers. The data were analyzed using SPSS 11.5 for Windows software. The findings show that teachers agree that SaF software meets the multimedia presentation aspects (mean score 4.52), aspect of content (mean score 4.69), user satisfaction aspect (mean score 4.60), and the application of learning concept (mean score 4.64). Teachers can also use this software as an alternative teaching aid. The combination of various media in SaF software has also made the teaching and learning process more interesting.  

 

Keywords: Islamic education, Smart al-Fatihah, multimedia, Quranic language

Published
2021-06-27
How to Cite
Mohamed Khalid, M. N., Abdul Hamid, H., Khalid, M. F., Hassan, K. B., & Daoh, M. (2021). Penilaian Guru terhadap Model Perisian Smart Al-Fatihah. Selangor Humaniora Review, 5(1), 319-333. Retrieved from http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/140