Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Satu Sorotan

Character Education In Early Childhood Education: A Review

  • Norazly Nordin Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS
  • Muhammad Daoh Universiti Selangor
  • Uzzairah Nabilah Ahmad Tazli Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Pendidikan Karakter, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Nilai, Karakter

Abstract

Sistem pendidikan masa kini yang berorientasikan peperiksaan dilihat berdepan dengan masalah dalam usaha untuk membangunkan karakter anak didik. Pendidikan pada hari ini dilihat fokus dalam mengukur pencapaian akademik semata-masa sehingga menyebabkan para pendidik hanya menjalankan tugas untuk mengajar topik untuk peperiksaan sahaja. Fenomena ini dilihat mendapat perhatian para pemikir dan memberikan pandangan mengenai penekanan mengenai pendidikan karakter di dalam sistem pendidikan. Pendidikan karakter adalah satu usaha terancang dan disengajakan yang bertujuan untuk mengajar tentang kebajikan. Nilai-nilai seperti kejujuran, hormat, keadilan, keberanian, kesetiaan, kasih sayang dan banyak lagi diterapkan dalam diri anak didik secara terancang menerusi aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Pendidikan Karakter telah dimulakan di banyak negara seperti Amerika Syarikat, Finland, Indonesia dan Jepun. Pendidikan karakter dilihat mempunyai kemampuan membentuk pengetahuan dan kemahiran murid terhadap nilai-nilai murni dan karakter yang baik. Artikel ini membincangkan konsep pendidikan karakter dan bagaimana untuk melaksanakannya di dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak. Turut dibincangkan juga adalah cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan.

 

In many ways, the current examination-oriented education system is interfering with the developing characters of the children. Education today focuses on measuring academic achievements solely, thus causing educators to focus on the topics for examinations only. This phenomenon is seen to attract the attention of academicians and thinkers in giving views emphasizing character education in the education system. Character education is a purposely planned education and deliberate effort aimed at teaching about virtue. Values such as honesty, respect, fairness, courage, loyalty, love, and much more are instilled in students’ self-development through learning activities in the classroom. Character Education has been started in many countries such as the United States, Finland, Indonesia, and Japan. Character education is seen as having the ability to shape students’ knowledge and skills towards moral values and positive character. This article discusses the concept of character education and how to implement it in early childhood education. Suggestions for further studies are also discussed in this article.

 

Keywords: character education, early childhood education, values, character

Published
2021-06-04
How to Cite
Nordin, N., Daoh, M., & Ahmad Tazli, U. N. (2021). Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Satu Sorotan. Selangor Humaniora Review, 5(1), 188-199. Retrieved from http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/155