BSTEM sebagai Alat Bantuan Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah: Kerangka Konseptual

BSTEM as Preschool Children Learning Tool: A Conceptual Model

  • Filzatun Nur Ismadi Universiti Selangor
  • Gunawathy Raman Universiti Selangor
  • Saturia Amiruddin Universiti Selangor
Keywords: BSTEM, Keusahawanan, KSPK, ADDIE

Abstract

Membangunkan satu model BSTEM Business Science, Technology, Engineering, and Mathematics sebagai bahan bantu mengajar adalah sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan pengajaran berasaskan Hands on. Model tersebut dibina dalam tunjang sains dan teknologi berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah KSPK dan pembangunan sistem model ADDIE sebagai asas pembangunan model mengikut kesesuaian kajian. Proses pembangunan sistem prototaip ini hanya melibatkan tiga fasa asas iaitu analisis, rekabentuk dan pembangunan. Pakar penilaian model dan isi kandungan pembelajaran dirujuk bagi mendapatkan kesahan kajian tentang kesesuaian penggunaan model yang dibangunkan di dalam kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi adalah merupakan hasil akhir model yang siap dibangunkan mengikut model ADDIE. Seramai empat orang kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 6 tahun di daerah Tanjung Karang di pilih sebagai subjek kajian. Manakala, tiga orang guru tadika ditemubual untuk mengukuhkan lagi maklumat yang berkaitan dengan kesesuaian keusahawanan dan STEM. Hasil dapatan kajian dianalisis secara deskriptif bagi melihat kesan penggunaan BSTEM terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pembangunan model BSTEM sebagai bahan bantu mengajar adalah bertepatan dengan kriteria keperluan pembelajaran abad ke-21 bagi memperbaiki mutu penyampaian pembelajaran yang lama. Hasil dapatan kajian menunjukkan model BSTEM sangat sesuai digunakan bagi membantu kanak-kanak mempelajari STEM dan keusahawanan. Selain itu, model BSTEM ini dapat membantu guru sebagai panduan dalam meningkatkan mutu dan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi menerapkan ilmu keusahawanan.

 

Developing a BSTEM model of Business Science, Technology, Engineering, and Mathematics as a teaching aid that aligns with today’s educational needs requires more hands-on teaching materials. The model is developed based on the National Preschool Curriculum Standard in the strands of Science and Technology and on the ADDIE model system development as the basis of model development. The development process of this prototype involves only three primary phases, namely analysis, design, and development. Experts in the model evaluation and learning content were consulted to obtain the validity of the study on the appropriateness of the use of the model developed in this study. The findings of the study are results from the model developed according to the ADDIE model. A total of four children aged between 5 to 6 years in the district of Tanjung Karang were selected as study subjects. Three kindergarten teachers were interviewed to strengthen the information related to the suitability of entrepreneurship and STEM in the KSPK module. The results of the study were analyzed descriptively to see the effect of the use of BSTEM on the teaching and learning of preschool children. The development of the BSTEM model as a teaching aid is in line with the criteria of 21st-century learning needs to improve the quality of long-term learning delivery. The results of the study show that the BSTEM model is very suitable to be used to help children learn STEM and entrepreneurship. In addition, this BSTEM model can help teachers improve the quality of the teaching and learning process, especially for applying entrepreneurial knowledge.  

 

Keywords: BSTEM, Entrepreneurship, NPCS, ADDIE

Published
2021-06-25
How to Cite
Ismadi, F. N., Raman, G., & Amiruddin, S. (2021). BSTEM sebagai Alat Bantuan Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah: Kerangka Konseptual. Selangor Humaniora Review, 5(1), 291-302. Retrieved from http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/158